30 March, 2010

SEKITAR TID USPTN TERENGGANU





PROGRAM TID USPTN TERENGGANU






Seramai 180 pelajar telah mengambil bahagian untuk diuji bakat mereka dalam Program Pencarian Bakat ( TID ) untuk PLN Terengganu. Program tersebut telah diadakan selama dua hari, 26 dan 27 Mac 2010 bertempat di Gerbang Sukan, Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Program ini buat untuk tujuan meningkatkan bilangan atlet pelapis bagi sukan Olahraga, Memanah, Angkat Berat, Berbasikal dikendalikan oleh Unit TID Institut Sukan Negara ( ISN )serta dibantu oleh Jurulatih Pelapis Negeri.

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian adalah berumur 13 - 15 tahun dari sekolah-sekolah yang berdekatan dengan PLN. Pelajar yang terpilih nanti akan diserapkan ke pusat-pusat latihan mulai April ini.