18 April, 2010

PENYERTAAN PROGRAM JUARA RAKYAT

USPTN Terengganu diberi peluang mengambil bahagian mempromosikan Program Sukan Prestasi Tinggi Terengganu di Program Juara Rakyat DUN Telok Pasu di Kampung Petai Bubus, Kuala Nerus, Terengganu bermula 17-18 April 2010.


YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia melawat gerai Majlis Sukan Negeri
sempena Juara Rakyat Dun Teluk Pasu

Melalui program ini, USPTN Terengganu mempromosikan perlaksanaan program di pusat-pusat latihan negeri serta perlaksanaan program bagi tahun 2010.
Orang ramai yang datang ke ruang pameran yang di sertai bersama oleh Majlis Sukan Negeri diberi penerangan perlaksanaan program Sukan Prestasi Tinggi serta peluang atlet-atlet yang berbakat mengambil bahagian.


05 April, 2010

PLN SUKAN ANGKAT BERAT TERIMA 10 PELATIH BARU

Seramai 10 orang pelatih baru melapor diri untuk mengikuti program bagi Sukan Angkat Berat. Mereka terdiri dari peserta yang telah dikenalpasti melalui Program Pencarian Bakat ( TID ) yang telah diadakan pada 26 dan 27 Mac lalu.

Mereka yang berusia antara 13 hingga 15 tahun terdiri 6 lelai dan 4 wanita ini akan diberi kemahiran asas sukan angkat berat. Mereka diwajibkan hadir menjalani latihan 3 kali seminggu ( Khamis, Sabtu dan Ahad ).

Hari Pertama sesi latihan


Pelatih wanita tunjuk minat

Pelatih aksi kemahiran sambil diperhatikan atlet senior

Kecik-kecik cili padi

04 April, 2010

PENGARAH TURUN PADANG

Langkah Pengarah Majlis Sukan Terengganu, Encik Rosdi Awang, turun padang bagi memantau program latihan Terengganu Nelang SUKMA 2010 telah menyuntik semangat kepada atlet untuk kekal mempertahan kejuaraan SUKMA Melaka nanti.

Menurut beliau, tidak mustahil Terengganu sekali lagi muncul sebagai juara sekiranya program latihan yang dirancang oleh semua pasukan diikuti dengan baik oleh semua persatuan sukan.

Encik Rosdi Awang ( kanan ) sedang memberi semangat kepada atlet Pencak Silat


Beliau mengarahkan supaya semua atlet memberi tumpuan kepada program latihan yang telah ditetapkan tiap-tiap hari serta mengikut pelan priodisasi oleh setiap pasukan.

01 April, 2010

AL FATIHAH


AL FATIHAH daripada kami warga sukan Negeri Terengganu kepada keluarga Allahyarham Wan Hasan Wan Nawang, Timbalan Presiden Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu yang telah telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Allahyarham juga adalah Pengurus Pasukan Ping Pong Negeri Terengganu bagi SUKMA Melaka 2010.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ALLAHYARHAM, AMIN