16 January, 2011

Tenpin Boling "National Evaluation 2011"


Program " National Evaluation 2011 " bagi sukan Tenpin Boling telah diadakan pada 15 Januari 2011 di U-Bowl, Mesramall, Kemasek,Kemaman. Seramai 34 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program ini. Pemilihan ke Program Pelapis Negeri pada tahun ini telah dikendalikan oleh En. Azidi Ameran dan En. Jackson Ting, turut bersama Program pada tahun ini adalah En. Geoge Tan...

10 January, 2011

KURSUS KAEDAH LATIHAN HARIAN DAN BEBANAN

Semua Jurulatih SUKMA dan Pelapis Negeri dijemput untuk menghadiri Program Peningkatan Kejurulatihan sebagaimana berikut:

1. Kursus Pengkaedahan Latihan
    16 -17 Januari 2011
    Gerbang Sukan, Gong Badak,
    Kuala Terengganu

2. Kursus Latihan Bebanan
    28 - 29 Januari 2011
    Gerbang Sukan, Gong Badak
    Kuala Terengganu.

Semua Jurulatih di bawah Program SUKMA dan Pelapis Negeri diwajibkan hadir. Untuk keterangan sila hubungi Che Rosdi Che Mat, Unit Kejurulatihan Majlis Sukan Negeri dengan segera.

09 January, 2011

KAKITANGAN MSNT GOTONG ROYONG

Seramai 70 orang Pegawai dan Kakitangan MSNT mengadakan aktiviti gotong royong pagi ini, diketuai oleh Pengarah baru Tuan Haji Zainal Abidin Husin. Aktiviti bermula dengan Perhimpunan Pagi Ahad perttama bersama Tuan Haji Zainal.

Dalam ucapan pertamanya kepada seluruh Pegawai dan Kakitangan MSNT, beliau meminta supaya kebersihan persekitaran MSNT dipertingkatkan dan mengistiharkan  " Kawasan Larangan Merokok ".

07 January, 2011

PLN SUKAN ANGKAT BERAT TERIMA 10 PELATIH BARU






Seramai 10 orang pelatih baru bagi sukan Angkat Berat, mula melapor diri pada awal Disember lalu, sedang  menjalani latihan asas di PLN Sukan Angkat Berat Gerbang Sukan, Gong Badak. Latihan tersebut dikendalikan oleh JPM Azrol serta dibantu oleh Bob ( JSM MSNT ).

LATIHAN PENCAK SILAT PELAPIS NEGERI

Sukan Pencak Silat Pelapis Negeri mula menjalani latihan mulai hari ini selepas berehat selama 2 minggu. Seramai 10 orang atlet hadir dalam sesi latihan  pagi dan petang bertempat di Gerbang Sukan, Gong Badak Kuala Terengganu.


Latihan tersebut juga sebagai persiapan untuk mengambil bahagian dalam Sukan Terengganu yang dijangka akan berlangsung pada bulan april 2011 nanti. Sukan Pencak Silat Pelapis akan berusaha menambah bilangan penyertaan dan pungutan pingat SUKMA 2012 Pahang.

PUSAT LATIHAN MENEMBAK TENGGELAM BANJIR

7 Januari 2011

Hujan lebat yang melanda seluroh daerah di Terengganu sejak semalam (6/1/2011), menyebabkan kawasan lapang sasar tenggelam banjir pagi ini. Bagaimanapun persediaan awal telah diambil oleh Jawatankuasa Persatuan Menembak Negeri dengan mengalih dan memindah semua peralatan latihan ke tempat selamat sejak awal bulan lalu.



Ini adalah kejadian kali ke4 sejak pusat tersebut mula digunakan pada tahun 2008