03 September, 2014

KEJOHANAN KFC/NSC MERDEKA DAY OPEN REGATTA 2014 - SUKAN PELAYARAN

As Salam,

Laporan hari pertama kejohanan

Kejohanan KFC/NSC Merdeka Day Open Regatta 2014, membuka tirai bermula 28.08.2014 hingga 31.08.2014 di pantai Tg. Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Pada hari ini juga, mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan bagi proses menyelaras dan mengesahkan penyertaan dari negeri-negeri yang terlibat. Mesyuarat tersebut berjalan lancar dan tiada isu-isu yang berbangkit.

Pada hari ini juga, bermulalah kejohanan yang dijangka pada jam 1.30 petang. Keadaan angin pada hari pertama kejohanan ini sangat baik. Untuk hari pertama kejohanan, sebanyak 3 "Race" telah berlangsung bagi setiap acara.

Laporan hari kedua kejohanan

Kejohanan KFC/NSC Merdeka Day Open Regatta 2014 diteruskan lagi untuk hari kedua. Perlumbaan akan dimulakan jam 10.00 pagi. Cuaca pada hari ini sangat baik dengan keadaan angin 10 knott. Perjalanan kejohanan pada hari kedua, berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Sebanyak 4 "Race" telah berjalan bagi setiap acara untuk hari kedua kejohanan.

Laporan hari ketiga kejohanan

Pada hari ketiga ini merupakan hari terakhir kejohanan. Cuaca dan keadaan angin pada hari terakhir kejohanan ini berada dalam keadaan yang sangat baik. Peserta akan beraksi dengan baik dan besemangat untuk memenangi bagi acara masing-masing. Perlumbaan akan dimulakan jam 11.00 pagi. Sebanyak 2 "Race" telah berlangsung untuk hari terakhir kejohanan dan perlumbaan tamat pada jam 3.30 petang.

Pada hari juga, akan berlangsungnya Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara masing-masing. Majlis penyampaian hadiah pada kejohanan kali ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah. Majlis penyampaian hadiah telah selesai pada jam 5.30 petang. Kebanyakkan pasukan yang bertanding akan pulang ke negeri masing-masing pada malam ini dan esok pagi. Berikut adalah keputusan rasmi Kejohanan pada edisi kali ini :-

Optimist Overall
1- SBH - Zaifah Zaifie
2- TER - And. Latif
3- TER - Muhd Izzudin
4- SINGAPORE - Lee Riane
5- TER - Umar Al-Farouk

Optimist Div. A
1- SBH - Zaifah Zaifie
2- TER - And. Latif
3- TER - Muhd Izzudin

Optimist Div. B
1- SINGAPORE - Mathias Lin
2- SINGAPORE - Lee Riane
3- SBH - Muhd Afiq

Optimist Div. C
1- SINGAPORE - Koh Radiance
2- SINGAPORE - Ethan
3- SINGAPORE - Tan Guo

Int. 420 Overall
1- SINGAPORE - Siew Shaw / Sebastian
2- KYC - Nicole / Connie
3- MSN PELAPIS - Nor Adriana / Siti Nur Fatihah

Laser Standard Overall
1- MSN ELIT - Ahmad Latif
2- WP - Anuar
3- TER - Muhd Firdaus

Laser Radial Overall
1- KED - Mohd Danial
2- MSN PELAPIS - Muhammad Hariz
3- MEL - Ahmad Khairulizzat

Laser 4.7 Overall
1- TER - Asmawi Azman
2- MSN PELAPIS - Ahmad Khairulhafiz
3- SBH - Nornaela Nor Hassan

No comments:

Post a Comment