HARI PERTAMA.
Kem Angkat Berat Siri 2/2014 dan Pemilihan Sempena Temasya YOG 2018 dijalankan buat kali kedua pada tahun 2014.
Atlet : 40 orang, 23 wanita dan 13 lelaki.
Panel Jurulatih : 10 orang.
Pegawai : 8 orang.
Seramai 40 orang atlet yang berumur 12 - 14 tahun dipilih bagi menyertai Kem Siri 2/2014. Jumlah atlet yang mendaftar adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada 23 orang atlet lelaki dan 13 orang atlet wanita. Seramai 4 orang atlet tidak mendaftar diri kerana masalah kesihatan dan tidak mendapat pelepasan dari penjaga. Terengganu menghantar seramai 5 orang atlet dan 1 jurulatih.
Seramai 10 orang panel jurulatih dipanggil bagi menjayakan kem ini yang terdiri daripada seorang jurulatih Pelapis Kebangsaan, 2 orang jurulatih Pelapis Serantau, seorang Jurulatih Penuh Masa (JPM) dan 6 orang Jurulatih Separuh Masa (JSM). Seramai 5 orang Pegawai Pembangunan Negeri dipanggil untuk membantu sepanjang program berlangsung.
Sesi pendaftaran atlet dan jurulatih bermula pada jam 2.00 sehingga 5.00 petang di mana atlet dan jurulatih telah mendaftar masuk ke bilik penginapan di Hotel Sri Petaling.
Pada jam 8.45 malam, Sesi perjumpaan jurulatih dan pegawai bersama atlet dijalankan dimana para pegawai dan jurulatih memberi taklimat kepada atlet mengenai program sepanjang kem berlangsung. Sesi Ice Breaking melibatkan sesi memperkenalkan diri oleh semua atlet yang terlibat.
Sekian laporan untuk hari pertama.
Laporan disediakan oleh :
Syed Muhamad Syakir bin tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment