Assalamualaikum,
Bengkel Jurulatih Program Penggalakkan Sukan (PPS) 2014 diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2014 bertempat di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur yang melibatkan empat sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga.
Sesi Hari Pertama
Jurulatih-jurulatih Program Penggalakkan Sukan (PPS) Negeri Terengganu yang terlibat terdiri dari empat (4) sukan iaitu :-
1. Sukan Angkat Berat
- En. Nazirul bin Adzmi(JSM)
2. Sukan Memanah
- En. Omar bin Ismail(JSM)
3. Sukan Olahraga
- En. Hamdhan b. Abd Ghafar(JSM)
4. Sukan Berbasikal
- Cik Suryani Bt Mohammad(JSM)
Program pertama pada sesi petang iaitu Taklimat Bengkel Penggalakkan Sukan. Penerangan bengkel ini dimaklumkan oleh Ketua Unit Pelapis Negeri (KUPN), En. Rashid bin Ramli. Program seterusnya iaitu Ucaptama oleh Pengarah Cawangan Pelapis (PCP), En. Jefri bin Ngadirin.
Program pada sesi malam iaitu Sesi Suai Kenal Dan Perjumpaan Bersama Ketua Jurulatih Mengikut Sukan. Penerangan pada sesi ini mengenai pengalaman jurulatih dan asas-asas latihan untuk jurulatih PPS. Ketua-ketua jurulatih mengikut sukan yang terlibat pada bengkel ini adalah seperti berikut:-
1. Angkat Berat
- En. Nordin bin Jusoh (Pel. Serantau)
- En. Mohd Nor bin Osman (JSM Kedah)
2. Berbasikal
- En. Suod bin Hussain (Pel. Kebangsaan)
3. Memanah
- En. Marbawi bin Sulaiman (Elit)
- En. Norizam bin Ishak (Elit)
4. Olahraga
- En. Manshahar bin Abd. Jalil (Elit)
- En. Trappadi a/l Alagari (Elit)
PPN dibahagikan mengikut sukan. PPN Terengganu ditugaskan menjaga sukan angkat berat. Sesi bengkel angkat berat dimoderator oleh jurulatih En Nordin bin Jusoh dari Pelapis Serantau dan En. Mohd Nor bin Osman dari Kedah. Disertai seramai 12 jurulatih lelaki dan 2 jurulatih wanita, kesemuanya seramai 13 orang jurulatih PPS. Sesi ini juga bercirikan penceritaan pengalaman dan kata-kata semangat kepada para peserta di samping pengenalan pusat latihan masing-masing.
Masa : 8.30am - 4.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Bil. J/latih : 12 Lelaki / 2 Wanita
Sukan : Angkat Berat
Sesi pagi
Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari kedua bengkel, sesi pagi bermula dengan pembentangan dari En. Mohd Nor bin Osman tentang teknik asas sukan angkat berat seperti teknik "Snatch" dan "Clean & Jerk" serta pendekatan teknik yang mudah difahami oleh atlet baharu. Seterusnya ke sesi demontrasi oleh jurulatih.
Sesi petang
En. Mohd Nor b. Osman memberi penerangan berkaitan penyediaan atlet dari segi fizikal, kemahiran, mental dan peralatan, serta jadual latihan angkat berat yang sistematik. cadangan penganjuran kejohanan antara pps beserta intipati penganjuran kejohanan seperti kategori berat, had umur dan lain-lain. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama diharap mencapai objektif perlaksanaan bengkel ini.
Tarikh : 21 Okt 2014
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Kehadiran: PPN - 14 org
JSM PPS - 41 org
Ketua jurulatih : 7 org
Peg. MSN: 8 org
Sesi pagi (9.00-12.00pm)
Pebentangan oleh:-
En. Nordin bin Jusoh(PS) - sukan angkat berat
En. Marbawi bin Sulaiman (Elit)- sukan memanah
En.Suod bin Hussain(PK) - sukan berbasikal
En.Manshahar bin Abd Jalil (Elit) - sukan olahraga
Perbentangan manual dari wakil sukan angkat berat/memanah/olahraga/berbasikal. Pebentangan yang menekan aspek utama dalam pemilihan atlet dan penggunaan peralatan yang betul mengikut kesesuaian atlet. Manual yang telah dibentangkan oleh wakil sukan akan digunakan pakai di peringkat PPS untuk memudahkan jurulatih PPS mengenalpasti atlet yang sesuai dan dapat menjalankan latihan asas di peringkat akar umbi dengan lebih efisyen.
Penutupan bengkel telah dirasmikan oleh En. Jefri Ngadirin (PCP) dengan amanat beliau agar program PPS dapat dijalankan dengan jayanya mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Manual yang telah dibincangkan semasa bengkel ini akan dibekalkan kepada JSM PPS bagi menggalakan produktiviti dan kualiti atlet di peringkat sekolah.
Sekian.
Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu
Tarikh: 23/10/2014
No comments:
Post a Comment