LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN
Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 di RTC, Kota Bharu, Kelantan pada 23 hingga 27 September. Kejohanan yang berlangsung secara bersiri ini menyaksikan penyertaan seramai 174 orang atlet dari 11 buah negeri dan mencuri tumpuan penyertaan khas dari Negara Singapora. Sesi timbang berat atlet bermula pada pukul 8 pagi dan semua kategori yang dipertandingkan terlibat dalam sesi tersebut yang berakhir dalam pukul 11 pagi. Dalam pada itu, sesi undian oleh pengadil dan hakim kejohanan bermula pada pukul 12 tengahari dan undian tersebut menggunakan sistem aplikasi "AIBA" sepenuhnya.
Perlawanan yang ditunggu – tunggu bermula pada pukul 3 petang dengan perlawanan kategori 13- 14 tahun dikuti kategori 15-16 tahun dan kategori 17-18 tahun. Hari pertama juga melibatkan 21 perlawanan suku akhir dan separuh akhir. Berikut keputusan perlawanan pada hari ini :
LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN
Hari kedua melibatkan 20 perlawanan suku akhir dalam semua kategori. Persaingan sengit antara peninju tampak menonjol bagi merebut tempat ke pusingan seterusnya. Di samping itu, seramai 4 orang peninju Terengganu berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dan akhir.
LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN
Perlawanan hari ketiga semakin rancak dengan aksi pusingan akhir kategori 13- 14 tahun, separuh akhir 15-16 tahun dan akhir 17-18 tahun dimana 15 perlawanan dipertandingkan pada hari ini. Peninju Terengganu, Abdul Salam bin Kasim berjaya meraih pingat emas pertama Terengganu sekaligus dinobatkan peninju terbaik dalam kategori 17-18 tahun pada kejohanan ini. Sementara itu, 2 orang peninju Terengganu kategori 15-16 berjaya layak ke peringkat akhir.
LAPORAN HARI KEEMPAT KEJOHANAN
Hari terakhir kejohanan bermula dengan perlawanan akhir kategori 15-16 tahun. Sekali lagi, peninju Terengganu, Mohd Sharifuddin meraih emas kedua dan berjaya menjadi peninju terbaik kategori 15-16 tahun. Terengganu merekodkan 2 emas, 1 perak dan 5 gangsa sepanjang kejohanan ini berlangsung. Berikut keputusan penuh Kontinjen Terengganu dalam kejohanan ini :-
Kategori 13-14 tahun
44kg
1. Wan Mohhamad Harun(PHG)
2. Mohd Khiramadhan(FELDA)
3. Mohd Arif (TRG)
4. Muhammad Akmal Farhan(KED)
Kategori 15-16 tahun
48kg
1. Mohd Sharifuddin (TRG)
2. Mohd Arif (PHG)
3. Izzul Iman (PP)
4. Muhd Ameershafiq (PER)
50kg
1. Mohd Isma (KEL)
2. Tuan Faizal(TRG)
3. W. Muhammad Hafizul (PHG)
4. Mohd Aiman (JHR)
57kg
1. Sarwin Kuman (PP)
2. Muhammad Saiful (KDH)
3. Tg. Mohd Izzat (TRG)
4. Abdul Afiq (NS)
60kg
1. Muhammad Ashri (PS)
2. Mohamad ALimin (KED)
3. Muhammad Akram Rasit (TRG)
4. Ho Jian Hao (SIN)
63kg
1. Muhammad Zakwan (NS)
2. Syawal Fitri (PRK)
3. Ramzam Zaki (TRG)
Kategori 17-18 tahun
49kg
1. Mohd Azuwan (PK)
2. Mohd Zakimi (KEL)
3. Mohd Izwan (TRG)
4. Mohd Safwan (FEL)
56kg
1. Abdul Salam (TRG)
2. Mohamad Hafizie (KEL)
3. Mohamad Harizwan (PP)
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Sukan Prestasi Tinggi Terengganu
Cawangan Majlis Sukan Negara
No comments:
Post a Comment