1. Abdul Rani bin Idris - JPM
27 October, 2014
PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN
1. Abdul Rani bin Idris - JPM
LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN
LAPORAN HARI PERTAMA, 17/10/2014
Kejohanan Pelayaran KFC-Felda Johor Open Regatta 2014 akan berlangsung bermula 17 hingga 19/10/2014 di Tg Leman, Johor. Pada edisi kali ini, Terengganu telah menghantar atlet seramai 14 orang atlet iaitu 7 orang bagi acara Optimist, 3 orang bagi acara Laser 4.7 dan 4 orang bagi acara Int.420.
Mesyuarat pengurus telah dijalankan pada jam 11.30 pagi bagi menyelaras penyertaan pasukan masing-masing. Tiada isu yang dibangkitkan.
Pada hari ini juga kejohanan dimulakan dengan acara Open Marathon 1 "race" bermula jam 2.30 ptg dan berakhir pada jam 4.30 ptg. Berikut adalah keputusan bagi acara Open Marathon bagi atlet Terengganu :-
Open Marathon (Optimist)
2nd - Abdul Latif - Div.A
3rd - Muhd Izzuddin - Div.A
Open Marathon (Laser+Int.420)
5th - Ali Imran/Ikramin - Int.420
LAPORAN HARI KEDUA, 18/10/2014
Kejohanan Pelayaran KFC Felda Johor Open Regatta telah berlangsung untuk hari kedua. Pada hari ini, bermulanya acara individu bagi setiap "class" bot. Perlumbaan yang dijadualkan jam 10.30 pagi namun ditunda kepada jam 1.30 tengahari kerana ketiadaan angin.
Perlumbaan pertama telah bermula pada jam 1.30 tengahari. Hanya 2 perlumbaan sahaja yang telah berjaya dijalankan. Perlumbaan terpaksa dihentikan awal pada jam 4 ptg berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Keputusan rasmi perlumbaan pada hari ini masih tidak diperolehi lagi. Semua keputusan perlumbaan tersebut akan dikeluarkan pada pagi esok.
LAPORAN HARI KETIGA, 19/10/2014
Pada hari terakhir kejohanan ini, hanya 2 perlumbaan bagi acara Int.420 dan Optimist dan manakala acara Laser 4.7, 3 perlumbaan berjaya dilaksanakan. Semua atlet Terengganu telah berjaya menamatkan semua perlumbaan. Perlumbaan hari ini berakhir pada jam 4.30 petang.
Pada hari ini juga, telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Berikut keputusan rasmi bagi atlet Terengganu pada edisi kejohanan kali ini :-
Int.420 Men - 5 penyertaan
4th - Ali Imran/Ikramin
5th - Alif Safares/Amirul Mukminin
Laser 4.7 Men - 14 penyertaan
23 October, 2014
TERENGGANU - LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN-SUKAN ANGKAT BERAT
LAPORAN HARI KE-EMPAT KEJOHANAN
Hari ke-empat melibatkan dua(2) orang atlet terengganu beraksi dalam kategori 77kg Bawah 16 Tahun lelaki. Perlawanan bermula dari pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.Berikut keputusan dan pungutan pingat Keseluruhan Kontinjen Terengganu pada kejohanan kali ini.
Lelaki bawah 16 tahun
Kategori 77kg
1) Mohammad Hanafi Hamizi b. Abd Ghani
Snatch : 66kg (Tempat ke-8)
Clean & Jerk : -
Total : 66kg
2) M. Ismalruddin B. M. Azman
Snatch : 60kg (Tempat ke-9)
Clean & Jerk : -
Total : 60kg
KUTIPAN PINGAT KESELURUHAN KONTINJEN TERENGGANU
Emas - 3
Perak - 2
Gangsa - 3
Ulasan/ cadangan :
1. Kedua-dua atlet baharu sahaja melepasi rekod kelayakan kebangsaan dan memperolehi peningkatan angkatan sebanyak 5-7kg.
2. Jurulatih mengakui saingan sengit oleh atlet yang negeri lain dalam kategori ini. Beliau berharap saingan akan berpihak kepada terengganu pada kejohanan akan datang.
Sekian,terima kasih.
TERENGGANU - LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT
LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: ANGKAT BERAT
Tarikh: 23 Oktober 2014
Masa: 5:30 P.M – 06.30 P.M
Tempat: PUSAT LATIHAN MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU
KEHADIRAN
1. Jurulatih – En. Azmer bin Abdul Rahman (JSM)
2. Atlet – Lelaki (11 Orang) – Wanita (5 orang)
LATIHAN
1. Warm Up
2. Back Squat (3 sets, 10 Rep each sets ; 1 minute each set)
4. Cooling Down
UJIAN
1. Tiada.
PERTANDINGAN
1. Karnival Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 di Seri Kembangan, Selangor pada 16 hingga 19 oktober 2014.
KECEDERAAN
1. Tiada.
PERALATAN
1. Plate.
2. Olympic Bar.
3. Dumble.
PROGRAM BINAAN
1. Tiada.
ULASAN
1. Sesi pengenalan bagi atlet baru.
2. Jurulatih sedang merangka program bagi menyiapkan atlet yang terpilih ke Kejohanan Grand Final Zon di Pahang pada 13-16 November ini.
3. "Post Mortem" Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan baru-baru ini.
Laporan di sediakan oleh:
Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu
Tarikh: 23/10/2014
TERENGGANU - LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK(RENANG)
LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: AKUATIK (RENANG)
Tarikh: 23 OKTOBER 2014
Masa: 3:30 P.M – 05:00 P.M
Tempat: PUSAT LATIHAN AKUATIK MBKT BATU BUROK.
KEHADIRAN
1. Koo Bon Chin (JSM)
2. Atlet – Lelaki (5 Orang) Wanita (3 Orang)
LATIHAN
1. Warmup (30 Minutes)
2. 8x100m 15 u/w (Each wall Max Turn) Time : 1.45 second.
3. 8x50m (6 stroke Max 35 DPS 15Max finish) Time : 1 minute.
4. 8x50m 15 u/w Max ; 25 u/w. Time : 1 minute.
5. 16x50m Paddles Descend.
UJIAN
1. Tiada.
PERTANDINGAN
1. Tiada
KECEDERAAN
1. Tiada.
PERALATAN
1. Swimsuit
2. Google
PROGRAM BINAAN
1. Tiada.
ULASAN
1. JSM telah membuat pemilihan atlet untuk diserap ke skuad SUKMA di bawah bimbingan En. Li Zhong, Justeru itu, JSM mencadangkan agar lebih ramai atlet baru yang akan menceburkan diri dalam sukan akuatik melalui program TID dan Talent Scouting.
Laporan disediakan oleh
Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Renang(Akuatik) Negeri Terengganu
Tarikh : 23/10/2014
TERENGGANU - LAPORAN PEMANTAUAN BENGKEL PPS 2014
Assalamualaikum,
Bengkel Jurulatih Program Penggalakkan Sukan (PPS) 2014 diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2014 bertempat di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur yang melibatkan empat sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga.
Sesi Hari Pertama
Jurulatih-jurulatih Program Penggalakkan Sukan (PPS) Negeri Terengganu yang terlibat terdiri dari empat (4) sukan iaitu :-
1. Sukan Angkat Berat
- En. Nazirul bin Adzmi(JSM)
2. Sukan Memanah
- En. Omar bin Ismail(JSM)
3. Sukan Olahraga
- En. Hamdhan b. Abd Ghafar(JSM)
4. Sukan Berbasikal
- Cik Suryani Bt Mohammad(JSM)
Program pertama pada sesi petang iaitu Taklimat Bengkel Penggalakkan Sukan. Penerangan bengkel ini dimaklumkan oleh Ketua Unit Pelapis Negeri (KUPN), En. Rashid bin Ramli. Program seterusnya iaitu Ucaptama oleh Pengarah Cawangan Pelapis (PCP), En. Jefri bin Ngadirin.
Program pada sesi malam iaitu Sesi Suai Kenal Dan Perjumpaan Bersama Ketua Jurulatih Mengikut Sukan. Penerangan pada sesi ini mengenai pengalaman jurulatih dan asas-asas latihan untuk jurulatih PPS. Ketua-ketua jurulatih mengikut sukan yang terlibat pada bengkel ini adalah seperti berikut:-
1. Angkat Berat
- En. Nordin bin Jusoh (Pel. Serantau)
- En. Mohd Nor bin Osman (JSM Kedah)
2. Berbasikal
- En. Suod bin Hussain (Pel. Kebangsaan)
3. Memanah
- En. Marbawi bin Sulaiman (Elit)
- En. Norizam bin Ishak (Elit)
4. Olahraga
- En. Manshahar bin Abd. Jalil (Elit)
- En. Trappadi a/l Alagari (Elit)
PPN dibahagikan mengikut sukan. PPN Terengganu ditugaskan menjaga sukan angkat berat. Sesi bengkel angkat berat dimoderator oleh jurulatih En Nordin bin Jusoh dari Pelapis Serantau dan En. Mohd Nor bin Osman dari Kedah. Disertai seramai 12 jurulatih lelaki dan 2 jurulatih wanita, kesemuanya seramai 13 orang jurulatih PPS. Sesi ini juga bercirikan penceritaan pengalaman dan kata-kata semangat kepada para peserta di samping pengenalan pusat latihan masing-masing.
Masa : 8.30am - 4.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Bil. J/latih : 12 Lelaki / 2 Wanita
Sukan : Angkat Berat
Sesi pagi
Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari kedua bengkel, sesi pagi bermula dengan pembentangan dari En. Mohd Nor bin Osman tentang teknik asas sukan angkat berat seperti teknik "Snatch" dan "Clean & Jerk" serta pendekatan teknik yang mudah difahami oleh atlet baharu. Seterusnya ke sesi demontrasi oleh jurulatih.
Sesi petang
En. Mohd Nor b. Osman memberi penerangan berkaitan penyediaan atlet dari segi fizikal, kemahiran, mental dan peralatan, serta jadual latihan angkat berat yang sistematik. cadangan penganjuran kejohanan antara pps beserta intipati penganjuran kejohanan seperti kategori berat, had umur dan lain-lain. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama diharap mencapai objektif perlaksanaan bengkel ini.
Tarikh : 21 Okt 2014
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Kehadiran: PPN - 14 org
JSM PPS - 41 org
Ketua jurulatih : 7 org
Peg. MSN: 8 org
Sesi pagi (9.00-12.00pm)
Pebentangan oleh:-
En. Nordin bin Jusoh(PS) - sukan angkat berat
En. Marbawi bin Sulaiman (Elit)- sukan memanah
En.Suod bin Hussain(PK) - sukan berbasikal
En.Manshahar bin Abd Jalil (Elit) - sukan olahraga
Perbentangan manual dari wakil sukan angkat berat/memanah/olahraga/berbasikal. Pebentangan yang menekan aspek utama dalam pemilihan atlet dan penggunaan peralatan yang betul mengikut kesesuaian atlet. Manual yang telah dibentangkan oleh wakil sukan akan digunakan pakai di peringkat PPS untuk memudahkan jurulatih PPS mengenalpasti atlet yang sesuai dan dapat menjalankan latihan asas di peringkat akar umbi dengan lebih efisyen.
Penutupan bengkel telah dirasmikan oleh En. Jefri Ngadirin (PCP) dengan amanat beliau agar program PPS dapat dijalankan dengan jayanya mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Manual yang telah dibincangkan semasa bengkel ini akan dibekalkan kepada JSM PPS bagi menggalakan produktiviti dan kualiti atlet di peringkat sekolah.
Sekian.
Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu
Tarikh: 23/10/2014
Fwd: TERENGGANU - LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN-SUKAN ANGKAT BERAT
LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN
Hari ini menyaksikan tujuh(7) kategori dipertandingkan. Tiga(3) orang atlet pelapis Terengganu mengambil bahagian dalam acara 56kg dan 56kg+ lelaki bawah 12 tahun dan 63kg wanita bawah 16 tahun. Acara bermula pada pukul 2.30 petang seperti yang dijadualkan. Setakat hari ketiga, Atlet Terengganu telah berjaya merangkul tiga(3) emas, dua(2) perak dan tiga(3) gangsa. Berikut keputusan hari ini :
Lelaki bawah 12 tahun
Kategori 56kg+
1)Iyad Rajhan Mohd Rajhan
Snatch : -
Clean & Jerk : -
Total : -
Kategori 56kg
1)Mohd Izzan M. Ismadi
Snatch : 36kg(Perak)
Clean & Jerk : 44kg(Emas)
Total : 80kg
Wanita bawah 16 tahun
Kategori 63kg :
1)Nur Shafika bt Samsudin
Snatch : 41kg(Emas)
Clean & Jerk :46kg(Emas)
Total : 87kg
Ulasan/cadangan :
1. Dua(2) daripada tiga(3) atlet terengganu berjaya meningkatkan prestasi angkatan keseluruhan,
2. Jurulatih memaklumkan atlet sudah berjaya menepati kehendak dan sasaran. Justeru itu, ini adalah permulaan baik untuk kejohanan yang akan datang.
Laporan di sediakan oleh:
Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu
Tarikh: 18/10/2014
Fwd: TERENGGANU - LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN-SUKAN ANGKAT BERAT
LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN
Hari kedua menyaksikan acara 50kg lelaki bawah 16 tahun dan 56kg wanita bawah 16 tahun dan 62kg lelaki bawah 16 tahun. Seramai 10 orang atlet Terengganu mengambil bahagian pada hari kedua. Berikut keputusan semasa kontinjen Terengganu setakat ini :
Lelaki bawah 16 tahun :
Kategori 50kg
1)Muhamad Saiful
Snatch : 60kg(Tempat ke-4)
Clean & Jerk : 71kg(Tempat ke-5)
Total : 131kg
2)Muhammad Ameerul
Snatch : 50kg(Tempat ke-8)
Clean & Jerk : 70kg(Tempat ke-6)
Total : 120kg
3)Umar Abdul Aziz
Snatch : 55kg(Tempat ke-8)
Clean & Jerk : 75kg(Tempat ke-6)
Total : 130kg
4)Muhammad Nurman
Snatch : -
Clean & Jerk : 60kg(Tempat ke-10)
Total : -
Lelaki bawah 16 tahun
Kategori 56kg
1)Mohamad Khairul Arfan
Snatch : 61kg(Tempat ke-8)
Clean & Jerk : -
Total : 61kg
2)Muhamad Aiman
Snatch : 52kg(Tempat ke-14)
Clean & Jerk : -
Total : 52kg
3)Muhammad Tarmizi
Snatch : 56kg( Tempat ke-11)
Clean & Jerk : 71kg(Tempat ke-7)
Total : 127kg
4)Muhammad Adib
Snatch : 55kg(Tempat ke-12)
Clean & Jerk : -
Total : 55kg
Lelaki bawah 16 tahun
Kategori 62kg
1)Muhammad Farhan Hanafi
Snatch : 61kg(Tempat ke-8)
Clean & Jerk : -
Total : 61kg
2)Muhammad Azfar Kamarudin
Snatch : 71kg(Tempat ke-4)
Clean & Jerk : 90kg(Tempat ke-6)
Total : 161kg
Ulasan/ cadangan :
1. Kebanyakan atlet yang bertanding merupakan atlet baharu dan berjaya mengangkat angkatan "Snatch" dan "Clean & Jerk". Ini merupakan pendedahan baik bagi mereka.
Laporan di sediakan oleh:
Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu
Tarikh: 18/10/2014
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Sukan Prestasi Tinggi Terengganu
Cawangan Majlis Sukan Negara
Fwd: TERENGGANU - LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN-SUKAN ANGKAT BERAT
LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN
Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Bawah 16 dan 12 tahun 2014 telah berlangsung di South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor pada 15 hingga 19 Oktober 2014. Kejohanan kali ini disertai seramai 180 orang peserta dari 13 buah negeri dan kelab. Terengganu telah menghantar seramai 22 orang atlet pelapis negeri dari empat buah pusat latihan seluruh negeri Terengganu. Hari pertama menyaksikan acara kategori bawah 12 tahun(45kg dan 50kg) dan bawah 16 tahun(44kg dan 48kg) dipertandingkan. Berikut keputusan kontinjen Terengganu pada hari pertama :
Wanita bawah 16 tahun :
Kategori 44kg dan 48kg :
1)Siti Noralyaa
Snatch : -
Clean & Jerk : -
Total : -
2)Nurul Afiqah
Snatch : 30kg (Perak)
Clean & Jerk : -
Total : 30kg
3)Norasyikin Nabila
Snatch : 32kg (Gangsa)
Clean &Jerk :
Total : 32kg
Lelaki bawah 12 tahun :
Kategori 50kg
4)Muhammad Afiq Hanafi
Snatch : 33kg(Gangsa)
Clean & Jerk : 45kg(Gangsa)
Total : 78kg
Ulasan/Cadangan :
1. Atlet terengganu bermula dengan baik setakat ini dengan prestasi yang memberasangkan. Namun, kejohanan ini dianggap penanda aras bagi atlet baharu yang merupakan permulaan baik dalam sukan angkat berat.
2. Seramai 3 jurulatih (JSM) bersama-sama dalam kejohanan ini bagi menilai, menjaga dan menjadi penuyntik semangat kepada atlet masing-masing.
Laporan di sediakan oleh:
Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu
Tarikh: 18/10/2014
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Sukan Prestasi Tinggi Terengganu
Cawangan Majlis Sukan Negara
21 October, 2014
LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOLING
2. Atlet - 9 orang
- Tiada -
--