18 April, 2010

PENYERTAAN PROGRAM JUARA RAKYAT

USPTN Terengganu diberi peluang mengambil bahagian mempromosikan Program Sukan Prestasi Tinggi Terengganu di Program Juara Rakyat DUN Telok Pasu di Kampung Petai Bubus, Kuala Nerus, Terengganu bermula 17-18 April 2010.


YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia melawat gerai Majlis Sukan Negeri
sempena Juara Rakyat Dun Teluk Pasu

Melalui program ini, USPTN Terengganu mempromosikan perlaksanaan program di pusat-pusat latihan negeri serta perlaksanaan program bagi tahun 2010.
Orang ramai yang datang ke ruang pameran yang di sertai bersama oleh Majlis Sukan Negeri diberi penerangan perlaksanaan program Sukan Prestasi Tinggi serta peluang atlet-atlet yang berbakat mengambil bahagian.


05 April, 2010

PLN SUKAN ANGKAT BERAT TERIMA 10 PELATIH BARU

Seramai 10 orang pelatih baru melapor diri untuk mengikuti program bagi Sukan Angkat Berat. Mereka terdiri dari peserta yang telah dikenalpasti melalui Program Pencarian Bakat ( TID ) yang telah diadakan pada 26 dan 27 Mac lalu.

Mereka yang berusia antara 13 hingga 15 tahun terdiri 6 lelai dan 4 wanita ini akan diberi kemahiran asas sukan angkat berat. Mereka diwajibkan hadir menjalani latihan 3 kali seminggu ( Khamis, Sabtu dan Ahad ).

Hari Pertama sesi latihan


Pelatih wanita tunjuk minat

Pelatih aksi kemahiran sambil diperhatikan atlet senior

Kecik-kecik cili padi

04 April, 2010

PENGARAH TURUN PADANG

Langkah Pengarah Majlis Sukan Terengganu, Encik Rosdi Awang, turun padang bagi memantau program latihan Terengganu Nelang SUKMA 2010 telah menyuntik semangat kepada atlet untuk kekal mempertahan kejuaraan SUKMA Melaka nanti.

Menurut beliau, tidak mustahil Terengganu sekali lagi muncul sebagai juara sekiranya program latihan yang dirancang oleh semua pasukan diikuti dengan baik oleh semua persatuan sukan.

Encik Rosdi Awang ( kanan ) sedang memberi semangat kepada atlet Pencak Silat


Beliau mengarahkan supaya semua atlet memberi tumpuan kepada program latihan yang telah ditetapkan tiap-tiap hari serta mengikut pelan priodisasi oleh setiap pasukan.

01 April, 2010

AL FATIHAH


AL FATIHAH daripada kami warga sukan Negeri Terengganu kepada keluarga Allahyarham Wan Hasan Wan Nawang, Timbalan Presiden Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu yang telah telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Allahyarham juga adalah Pengurus Pasukan Ping Pong Negeri Terengganu bagi SUKMA Melaka 2010.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ALLAHYARHAM, AMIN

30 March, 2010

SEKITAR TID USPTN TERENGGANU





PROGRAM TID USPTN TERENGGANU






Seramai 180 pelajar telah mengambil bahagian untuk diuji bakat mereka dalam Program Pencarian Bakat ( TID ) untuk PLN Terengganu. Program tersebut telah diadakan selama dua hari, 26 dan 27 Mac 2010 bertempat di Gerbang Sukan, Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Program ini buat untuk tujuan meningkatkan bilangan atlet pelapis bagi sukan Olahraga, Memanah, Angkat Berat, Berbasikal dikendalikan oleh Unit TID Institut Sukan Negara ( ISN )serta dibantu oleh Jurulatih Pelapis Negeri.

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian adalah berumur 13 - 15 tahun dari sekolah-sekolah yang berdekatan dengan PLN. Pelajar yang terpilih nanti akan diserapkan ke pusat-pusat latihan mulai April ini.

07 February, 2010

04 February, 2010

SUKAN TERENGGANU ( SUTERA )




KEPUTUSAN PERTANDINGAN 4 FEBUARI 2010


PENCAK SILAT


Keputusan Pusingan Awal


Putra B - Mohd Hanafi Chik ( UMT ) - 0
Nor Afendi Mat Sapri ( PHG A ) - 5

Putra B - Husni Naim Mat Latif( SEL ) - 3
- Mohd Farid Salleh ( JHR ) - 2

Putra B - Mohd Shahril Bazli Bahruddin (UDM) - 0
- Mohd Muslim GHazali ( JHR B ) - 5

Putra B - Mohd Hasrul Hafiz Shibroman (PHG B) - 5
- Ahmad Kamil Zuhdi Hasan ( POLI ) - 0

Putra G- Haris Shafiq M.Azmi ( NS ) - 5
- Abd. Halim Abd.Rahman ( TRG B ) - 0

Putra G - Mohd Atashah Said ( MLK ) - 2
- Mohd Nor Helmi Alif Din ( PHG B ) - 3

Putra G - Mohd Umira Rusli ( SEL ) - 5
- Mohd Hamidi Razali ( TRG A ) - 0

Putra D - Mohd Farid Maksam ( UDM ) - 0
- Mohamad Taufik Anuar ( JHR B ) - 5

Putra D - Ahmad Shahruduan Zailudin ( PHG A ) - 5
- Abdul Wafit Abd. Aziz ( SEL ) - 0

Putra E - Ahmad Farhan Azmeer Harun ( TRG B ) - 0
- Mohd Azni Salleh ( MEL ) - Menang Teknik

Putri A - Narawati Mohd Nasir ( NS ) - Undur diri
- Esa Norazira Yusof ( TRG A ) - Menang

Putri A - Nur Azimah Mohd Dalip ( SEL ) - Undur diri
- Ummi Sofea Mustofa ( TRG B ) - Menang


Keputusan Pusingan Suku Akhir


PUTRI B - Siti Fatimah Syahman ( NS ) - 5
- Siti Rafida Aris ( JHR A ) - 0

Putri B - Siti Alfiyah Taman ( POLI ) - 3
- Nur Hairani Zainudin ( MEL ) - 2

Putri B - Normala Sabdon ( PHG A ) - 0
- Mahani Bakri ( TRG A ) - 5

Putri B - Che Siti Nuraida Mahmud ( UDM ) - 5
- Nor Hasmiza Ramli ( UDM ) - 0

03 February, 2010

SUKAN TERENGGANU ( SUTERA )






Negeri- negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Terengganu ( SUTERA ) mula melapor diri mulai petang ini di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri dan Gerbang Persilatan Gong Badak, Kuala Terengganu. 22 pasukan akan menyertai SUTERA kali ke-3 ini iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Melaka, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Singapura dan Terengganu, bermula hari ini dan berakhir pada 7 Febuari 2010.

Selain negeri-negeri pusat-pusat pengajian tinggi juga mengambil peluang menyertai temasya ini iaitu Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ), Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ), MSSM Melaka, MSSM Terengganu, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Bukit Nenas Terengganu, Bekas Atlet Sekolah Sukan Melaka ( BSSM ).

12 jenis sukan dipertandingan, Sukan Angkat Berat, Boling Padang, Bola Jaring, Hoki Wanita, Karate, Berbasikal, Memanah, Olahraga, pencak Silat, Ping Pong dan Sepak Takraw.

Kebanyakan negeri menghantar atlet-atlet SUKMA bagi menilai prestasi atlet menjelang SUKMA 2010 Melaka pada bulan Jun nanti.

Perasmian akan dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Dato' Abdul Rahin Dato' Mohd Said pada 5 Febuari 2010, jam 8.00 malam di Gerbang Silat.