10 December, 2012

CHAMPION OF CHAMPIONS 2012

 Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Champion Of Champions Terengganu 2012
 03 hingga 09 Disember 2012 (Kompleks Sukan Gong Badak, Stadium SINS )

JOHAN      - Mykids Kuala Lumpur
N. JOHAN  - Mykids Terengganu
KETIGA     - Sabah
KEEMPAT -  Mykids Perlis


18 October, 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemantauan Latihan Berbasikal Pelapis Terengganu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemantauan Latihan Angkat Berat

Tarikh : 16 Oktober 2012
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Terengganu
Bilangan Atlet : 3 Orang
Jurulatih : 1 Orang
Ulasan :
Seramai 3 orang atlet baru yang berusia di bawah 16 tahun sedang menjalani latihan Teknik Angkatan yang betul dengan menggunakan "Bar".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 October, 2012

Pemantauan Latihan Atlet Berbasikal

Pemantauan Latihan Atlet Berbasikal telah dijalankan pada 15 Oktober 2012.

Terdapar sebilangan sahaja atlet yang hadir pada sesi Petang pada hari ini.

Latihan dijalankan di sekitar Lebuhraya yang belum di gunakan kerana keadaan yang kurang sibuk

Latihan kayuhan "Easy Ride" sahaja untuk menambah jumlah jarak kayuhan sahaja dijalankan pada hari tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 October, 2012

Persiapan Terakhir Atlet Berbasikal Pelapis Terengganu.

- Persediaan Terakhir sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk penyertaan di Kejohanan Berbasikal Remaja Trek Sirkit 1/2012 Sportexcel di Velodrom Kuala Lumpur pada 27 - 30 September 2012. - Pada Kejohanan ini Pasukan Pelapis USPTN Terengganu telah di wakili oleh 2 Jurulatih beserta 9 Atlet yang kebanyakan berusia 15 tahun ke bawah. - Keputusan : Pasukan Berbasikal USPTN Terengganu telah berjaya mendapt 1 Emas dan 1 Gangsa. - Tahniah Atlet Muda Terengganu Hanelang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyertaan atlet Pelapis Berbasikal Terengganu di kejohanan Terbuka Perlis.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMANTAUAN LATIHAN BERBASIKAL PLN KUALA TERENGGANU



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH

Jumlah Atlet : 20 orang
Tempat : UniSZA
Jurulatih : 2 orang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 July, 2012

TAHNIAH TERENGGANU JUARA SUKMA SEKALI LAGI


Terengganu juara


TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang telah melabuhkan tirainya di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi jelas sekali meninggalkan 1,001 kenangan buat tuan rumah, Pahang.

Bagaimanapun, tumpuan sudah pasti terarah kepada kontinjen Terengganu yang muncul juara keseluruhan Sukma buat kali keempat berturut-turut.

Pada edisi kali ini, Terengganu sekali lagi berada dalam kelas tersendiri apabila merekodkan 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.

Ia dianggap kejayaan terbaik yang dilakar Terengganu yang meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa ketika kali pertama kontinjen yang digelar Terengganu Hanelang itu muncul juara kali pertama Sukma pada edisi 2008 di bumi sendiri.

Sementara itu, juara Sukma tujuh kali, Selangor pula terpaksa berpuas hati di tangga kedua apabila mengumpul 47 pingat emas, 54 perak dan 60 gangsa.

Tampil selaku tuan rumah, Pahang masih boleh berbangga apabila menempatkan diri dalam kelompok tiga kontinjen terbaik selepas mengutip 45 pingat emas, 50 perak dan 38 gangsa.

Selain kejayaan Terengganu mengungguli temasya Sukma buat kali keempat berturut-turut, dua atlet angkat berat, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Frenceay Titus (Sabah) masing-masing diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma kali ini.

Pihak penganjur sebulat suara memilih Abdul Mubin dan Frenceay berdasarkan kejayaan mereka memecahkan rekod kebangsaan dalam kategori masing-masing.

Selaku penerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sukma ke-15, Abdul Mubin dan Frenceay membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi.

Selain Abdul Mubin dan Frenceay, perenang Wilayah Persekutuan, Ian James Barr turut muncul sebagai atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsan pada Sukma kali ini menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.

Selain tiga rekod kebangsaan, sebanyak 33 rekod Sukma berjaya diperbaharui, seterusnya meninggalkan memori indah buat kesemua 15 kontijen termasuk Brunei yang bertanding pada temasya kali ini.

Pada majlis penutup Sukma ke-15 malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan upacara itu dalam suasana yang penuh gilang-gemilang dengan disaksikan lebih 30,000 penonton.

Najib dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar temasya seperti Sukma dapat diperluaskan di peringkat daerah bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu.

“Saya harap Sukma dapat berterusan menjadi ‘kilang’ atlet sukan negara berjuang pada temasya lebih besar seperti Olimpik. Jadi kita perlu lakukan sesuatu di peringkat daerah.

“Tahniah saya ucapkan kepada kontinjen Terengganu kerana muncul juara Sukma kali keempat berturut-turut selain pujian buat Pahang yang berlaku adil dalam setiap acara yang dipertandingkan,” katanya.

Majlis itu diakhiri dengan penyerahan bendera temasya yang menyaksikan Perlis bakal mengambil giliran menjadi tuan rumah Sukma 2014.

Sebaik menerima bendera Sukma daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Najib kemudiannya menyerahkan bendera itu kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong.

11 June, 2012

Kem Pemilihan & Penilaian Sukan Gimnastik Artistik (MAG) Siri 2/2012

Program : Kem Pemilihan & Penilaian Sukan Gimnastik Artistik (MAG) Siri 2/2012 
Tarikh : 04 hingga 08 Jun 2012
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara

Urusetia- 5 orang
Jurulatih- 11 orang
Atlet- 25 orang

04-07 Jun 2012

Latihan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari,  pada waktu petang pula latihan dijalankan pada pukul 2.30 hingga 6.00 petang. 
Disebelah malam pula sesi menonton video.

Satu perjumpaan bersama pcp diadakan pada 7 Jun 2012 di bilik seminar di Hotel Sri Petaling. Amanat yang disampaikan oleh pcp amat berkesan dan banyak persoalan dan pendapat diutarakan oleh jurulatih. 

8 Jun 2012

Semua atlet dan jurulatih bersurai dan pulang di negeri masing pada pukul 12.00 tengahari.












--
Nor Adila Binti Zainal Abidin
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Badminton, Olahraga dan Gimnastik
019-9999680