30 December, 2013

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN TAEKWANDO

Tarikh : 30 Disember 2013
Tempat : PLN Gerbang Sukan
Jumlah Atlet : 12 orang
Jurulatih : Nik Nazri

KEJOHANAN OLAHRAGA ZON TIMUR

Tarikh : 28 disember 2013
Tempat : Trek Oahraga,Kompleks Sukan Gong Badak
Penganjur : USPTN Terengganu
Penyertaan :
Terengganu -33
Pahang - 6
Kelantan - 15
SMK Nasirudin - 6
SMK Kompleks Seberang Takir - 5
ASP TRG - 18

KEJOHANAN MEMANAH ZON TIMUR

Tarikh : 26 -28 Disember 2013
Tempat : Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA )
Penganjur : MSNT/USPTN Terenganu
Penyertaan :
Terengganu - 16 orang
Kelantan - 15 orang
ASP Trg - 4 orang

KEM JATI DIRI ATLET PELAPIS TERENGGANU

Seramai 60 orang atlet di bawah program pelapis negeri dipilih mengikuti Kem Tahunan bertempat di Agro Resort Peladang, Setiu, pada 24 - 26 Disember 2013.

Sukan-sukan yang terlibat ialah memanah, angkat berat, berbasikal, pelayaran, menembak dan sepak takraw.

Acara sampingan juga diadakan iaitu sukanika dan flaying fox.


10 June, 2013

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT AFTER SCHOOL PROGRAM (ASP)

Sukan Angkat Berat telah menurunkan atlet-atlet di bawah ASP menjalani latihan hujung minggu.

Seramai 15 orang atlet hadir di sesi latihan hari Jumaat dan Sabtu di PLN Sukan Angkat Berat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 April, 2013

PEMANTUAN SUKAN ANGKAT BERAT

Seramai 10 atlet (8 Lelaki dan 2 Wanita) menjalani latihan sesi pagi ini 28 April 2013.

Latihan dikendali oleh JPM Che Arol Che Mat bertempat di PLN MSNT Gong Badak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

27 April, 2013

KLINIK SUKAN MEMANAH

Seramai 100 orang pelajar dari sekolah di Mukim Tersat Hulu Terengganu hadir mengambil bahagian dalam program klinik pengenalan sukan memanah.

Klinik ini diadakan hari ini 27 April 2013 bertempat di Sekolah Kebangsan Bukit Gemuroh, Tersat, dikendalikan oleh Jurulatih Negeri Encik Abd. Razak Yaacob.

Perasmian dilakukan oleh Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.

Sekolah-sekolah terlibat ialah SRK Bukit Gemuroh, SRK Kemat, SRK Cheting, SRK. Tun Indera.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 April, 2013

ATLET BERBASIKAL JUNIOR DAPAT PENDEDAHAN PERTANDINGAN DI INDONESIA

Seramai 10 orang atlet Junior berbasikal Terengganu menimba pengalaman bagi pendedahan pertandingan di Indonesia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

14 April, 2013

MENTERI BELIA BAGI SEMANGAT KEPADA ATLET MUDA TERENGGANU

Menteri Belia dan Sukan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berharap lebih ramai lagi atlet Terengganu mewakili negara pada masa akan datang.

Saranan tersebut dibuat ketika beramah mesra bersama atlet-atlet tunas dan pelapis negeri di Kemaman kelmarin (13/4/2013).

100 orang atlet pelapis negeri hadir dimajlis tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

27 March, 2013

SESI PERJUMPAAN ATLET ANGKAT BERAT TERENGGANU

Sesi perjumpaan diantara Ketua Unit dan Jurulatih bersama atlet Pelapis Negeri bagi sukan Angkat Berat telah diadakan hari ini 27 Mac 2013.

Perjumpaan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat USPTN Terengganu dihadiri oleh seramai 15 orang atlet.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menerangkan program latihan harian dan mingguan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

01 March, 2013

DEWAN GIMNASTIK BUKIT PAYONG

Ketua Pengarah MSN, Dato' Zolkples Embong telah melakukan lawatan ke projek dewan Gimnastik pagi tadi.

Dewan yang berharga 800 ribu itu terletak di Bukit Payong, dijangka siap akhir mac ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 February, 2013

TAHNIAH - AZIZ DAPAT ANUGERAH MSSM-MILO 2012

Majlis Sukan Negeri Terengganu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Abdul Aziz Mohd Zahit atlet berbasikal di bawah program Pelapis Negeri kerana dipilih untuk menerima Anugerah Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia MSSM-MILO 2012.

Beliau yang sedang belajar di Sekolah Menengah Seri Budiman adalah penerima tunggal daripada Negeri Terengganu merupakan atlet berbakat telah menerima anugerah tersebut pada 27 Febuari 2012.

27 February, 2013

KEJOHANAN TERTUTUP ANGKAT BERAT DAN SEPAK TAKRAW

Kejohanan Tertutup Sukan Angkat Berat dan Sepak Takraw bawah 15 tahun telah diadakan selama 2 hari pada 22-23 Febuari lalu di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Tertengganu.

Tujuan kejohanan tersebut diadakan ialah untuk mencari bakat baru selain menilai prestasi atlet yang sedia.

Bagi kejohanan Angkat Berat seramai 60 atlet lelaki dan wanita manaka untuk  Sepak Takraw sebanyak 25 regu telah mengambil bahagian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.