10 October, 2014

KLINIK PENGENALAN SUKAN MEMANAH

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: MEMANAH

Tarikh: 08 Oktober 2014
Masa: 8.00 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat: Sekolah Kebangsaan Gong Badak

Kehadiran:

1. Shahrul Izwan bin Ghani  - JSM
2. Omar bin Ismail  - JSM (PPS)
3. 100 orang peserta


ULASAN

1. Program ini bermula 8.30 pagi yang telah dirasmikan oleh YBHG. Datuk Haji Basir bin Haji Awang (Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus). Turut hadir Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu dan Pengetua Sekolah Kebangsaan Gong Badak.

2. Perjalanan Klinik Memanah telah dibantu oleh Timbalan Presiden Persatuan Memanah Negeri Terengganu iaitu Ahmad Jailani bin Halus serta JSM dan atlet pelapis negeri bagi mengajar teknik memanah kepada pelajar sekolah terbabit.

3. Segala peralatan yang digunakan sepanjang program dikeluarkan oleh pihak Persatuan Memanah Negeri Terengganu, SK Gong Badak dan USPTN Terengganu.

4. Program Klinik Pengenalan Sukan Memanah dilaksanakan di SK Gong Badak kerana sekolah tersebut merupakan "sekolah kluster bagi sukan Memanah". Cadangan untuk melantik sekolah berkenaan sebagai PPS bagi tahun hadapan.

5. Seramai 100 orang pelajar telah hadir ke program tersebut. JSM telah mengenalpasti bakat atlet sepanjang program berlangsung. Seramai 30 orang pelajar telah dikenalpasti bakatnya untuk diketengahkan dalam sukan Memanah.


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

W.Muhammad Iskandar Dzul Qarnain b. Wan Lateff
SDO Memanah Negeri Terengganu
Tarikh: 10 Oktober 2014


No comments:

Post a Comment