27 October, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: PELAYARAN

Tarikh: 18 Oktober 2014
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Kejohanan: KFC Felda Johor Open Regatta
Tempat: Pantai Tanjung Leman, Mersing, Johor 

Kehadiran:

1. Mohd Saifullah bin Mohd Esa  - JSM
2. Atlet - 10 lelaki 4 wanita

ULASAN

LAPORAN HARI PERTAMA, 17/10/2014

Kejohanan Pelayaran KFC-Felda Johor Open Regatta 2014 akan berlangsung bermula 17 hingga 19/10/2014 di Tg Leman, Johor. Pada edisi kali ini, Terengganu telah menghantar atlet seramai 14 orang atlet iaitu 7 orang bagi acara Optimist, 3 orang bagi acara Laser 4.7 dan 4 orang bagi acara Int.420.

Mesyuarat pengurus telah dijalankan pada jam 11.30 pagi bagi menyelaras penyertaan pasukan masing-masing. Tiada isu yang dibangkitkan.

Pada hari ini juga kejohanan dimulakan dengan acara Open Marathon 1 "race" bermula jam 2.30 ptg dan berakhir pada jam 4.30 ptg. Berikut adalah keputusan  bagi acara Open Marathon bagi atlet Terengganu :-

Open Marathon (Optimist)


2nd - Abdul Latif - Div.A
3rd - Muhd Izzuddin - Div.A
4th - Muhd Khaidir - Div.B
10th - Umar Al-Farouk - Div.A
25th - Mohd Faqihuddin - Div.A
29th - Nur Atiqah - Div.A
74th - Wan Sarah - Div.B

Open Marathon (Laser+Int.420)


5th - Ali Imran/Ikramin - Int.420
16th - Alif Safares/Amirul Mukminin - Int.420
23th - Al-Yauma - Laser 4.7
25th - Asmawi - Laser 4.7
33th - Nuur Fatin - Laser 4.7

LAPORAN HARI KEDUA, 18/10/2014

Kejohanan Pelayaran KFC Felda Johor Open Regatta telah berlangsung untuk hari kedua. Pada hari ini, bermulanya acara individu bagi setiap "class" bot. Perlumbaan yang dijadualkan jam 10.30 pagi namun ditunda kepada jam 1.30 tengahari kerana ketiadaan angin.

Perlumbaan pertama telah bermula pada jam 1.30 tengahari. Hanya 2 perlumbaan sahaja yang telah berjaya dijalankan. Perlumbaan terpaksa dihentikan awal pada jam 4 ptg berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Keputusan rasmi perlumbaan pada hari ini masih tidak diperolehi lagi. Semua keputusan perlumbaan tersebut akan dikeluarkan pada pagi esok.

LAPORAN HARI KETIGA, 19/10/2014

Kejohanan Pelayaran edisi kali ini diteruskan lagi bagi hari ketiga dan merupakan hari terakhir kejohanan. Semua acara individu akan mula bersaing untuk hari teakhir kejohanan. Setelah selesai atlet bagi persiapan bot, pada jam 11.30 tengahari atlet mula turun ke laut untuk memulakan perlumbaan.

Pada hari terakhir kejohanan ini, hanya 2 perlumbaan bagi acara Int.420 dan Optimist dan manakala acara Laser 4.7, 3 perlumbaan berjaya dilaksanakan. Semua atlet Terengganu telah berjaya menamatkan semua perlumbaan. Perlumbaan hari ini berakhir pada jam 4.30 petang.

Pada hari ini juga, telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Berikut keputusan rasmi bagi atlet Terengganu pada edisi kejohanan kali ini :-

Int.420 Men - 5 penyertaan

4th - Ali Imran/Ikramin
5th - Alif Safares/Amirul Mukminin

Laser 4.7 Men - 14 penyertaan

2nd - Asmawi bin Azman

Laser 4.7 Women - 11 penyertaan

1st - Al-Yauma Akma
4th - Nuur Fatin Solehah

Optimist Div.A - 29 penyertaan, Div.B - 44 penyertaan, Girl - 35 penyertaan, Overall - 95 penyertaan

1st - Abdul Latif - Div.A
3rd - Overall

3rd - Umar Al-Farouk - Div.A
5th - Overall

8th - Muhd Izzuddin - Div.A
14th - Overall

16th - Nur Atiqah - Div.A
10th - Girls
36th - Overall

19th - Mohd Faqihuddin - Div.A
50th - Overall

13th - Wan Sarah - Div.B
5th - Girls
30th - Overall

17th - Muhd Khaidir - Div.B
32th - Overall

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

W.Muhammad Iskandar Dzul Qarnain b. Wan Lateff
SDO Memanah Negeri Terengganu
Tarikh: 27 Oktober 2014

No comments:

Post a Comment