28 February, 2013

TAHNIAH - AZIZ DAPAT ANUGERAH MSSM-MILO 2012

Majlis Sukan Negeri Terengganu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Abdul Aziz Mohd Zahit atlet berbasikal di bawah program Pelapis Negeri kerana dipilih untuk menerima Anugerah Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia MSSM-MILO 2012.

Beliau yang sedang belajar di Sekolah Menengah Seri Budiman adalah penerima tunggal daripada Negeri Terengganu merupakan atlet berbakat telah menerima anugerah tersebut pada 27 Febuari 2012.

27 February, 2013

KEJOHANAN TERTUTUP ANGKAT BERAT DAN SEPAK TAKRAW

Kejohanan Tertutup Sukan Angkat Berat dan Sepak Takraw bawah 15 tahun telah diadakan selama 2 hari pada 22-23 Febuari lalu di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Tertengganu.

Tujuan kejohanan tersebut diadakan ialah untuk mencari bakat baru selain menilai prestasi atlet yang sedia.

Bagi kejohanan Angkat Berat seramai 60 atlet lelaki dan wanita manaka untuk  Sepak Takraw sebanyak 25 regu telah mengambil bahagian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.