31 March, 2011

Testing ! ! ! ! Upload gune BB

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PROMOSI SUKAN TINJU DI DAERAH BESUT

Tarikh : 29 Mac 2011
Tempat : Smk Sri Nering dan Smk Bukit Payung
Besut, Terengganu.

Jurulatih : Adun Pasu,Ludin Abas ,Ghazali Awang dan Cikgu - cikgu sekolah tersebut
Peserta : Seramai 119 Orang murid dari 2 buah sekolah tersebut.

USPTN Terengganu dan MSN Terengganu meneruskan promosi sukan tinju di seluruh Terengganu dan kali ini daerah Besut telah dipilih. Beberapa buah sekolah telah dipilih dalam program promosi ini iaitu di SMK Sri Nering dan SMK Bukit Payung.

Tujuan promosi ini adalah bagi memperkenalkan sukan tinju kepada murid-murid sekolah di samping mengenalpasti bakat bakat baru untuk di ketengahkan. Melalui program sebegini diharap sukan tinju akan dapat dikembangkan dan menarik minat murid-murid dan guru-guru sekolah untuk terlibat dalam pembangunan sukan tinju di negeri terengganu.





Program Mengenalpasti Bakat (TID)

USPTN Terengganu dengan kerjasama ISN dan MSN Terengganu telah mengadakan program Mengenalpasti Bakat bagi sukan Tinju dan beberapa sukan lain di SMK Nasharuddin Shah,Besut Terengganu pada 23 Mac 2011 yang lalu.

Seramai 63 orang murid disekitar Daerah Besut telah menyertai program tersebut. Pemilihan telah dilakukan oleh pakar-pakar dari ISN dan jurulatih MSN Terengganu dan jurulatih Program Pelapis Terengganu.





PEMANTAUAN BERBASIKAL - DUNGUN



Tarikh : 29 Mac 2011
Tempat : Gimnasium Dewan Majlis Sukan Negara Dungun
Masa : 11.00pg - 12.00tgh
Kehadiran : En. Rozimi Omar

Maklumat dari pemantauan :

1. Peralatan Latihan Bebanan di Gimnasium Dewan Majlis Sukan Negara kebanyakannya telah rosak dan tidak dapat digunakan.

2. Gimnasium berkenaan telah ditutup penggunaan oleh pihak Pengurusan Dewan Majlis Sukan Negara Dungun.

3. Tinjaun ke Stor basikal di rumah Jurulatih didapati 3 basikal "Cannondale" tidak digunakan kerana kerosakan pada peralatan.





PROMOSI SUKAN TINJU DI FELDA SELASIH

Pihak USPTN Terengganu dan MSN Terengganu melaksanakan program promosi sukan tinju di Felda Selasih sebagai usaha membangunkan sukan tinju di negeri Terengganu secara lebih agresif lagi. Melalui program promosi ini, anak-anak felda yang berminat telah diperkenalkan dengan sukan tinju dengan lebih dekat disamping pengetahuan tentang peraturan sukan tersebut. Kesempatan ini juga diambil untuk menguji bakat-bakat baru yang boleh diserapkan ke pusat latihan negeri.






28 March, 2011

PEMANTAUAN BERBASIKAL - KUALA TERENGGANU




Pemantaun Program Latihan Bebanan Atlet USPTN Sukan Berbasikal di Gimnasium Majlis Sukan Negeri Terengganu....

Tarikh : 24 Mac 2011
Masa : 4.30 petang
Kehadiran : 19 Orang Atlet; 1 Jurulatih



Penantian suatu penyeksaan.....

Tengok betul2.... nanti saloh pulok....

16 March, 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS SIRI 1/2011

16/3/2011

Kejohanan Menembak Pelapis Siri 1/2011 sedang berlangsung di Kompleks Lapang Sasar Menembak Gong Kuin, Tok Jembal, Kuala Terengganu. Seramai 101 atlet pelapis dari PLN seluroh negeri mengambil bahagian.

Pulau Pinang
Perak
Kuala Lumpur
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Sarawak
Sabah
Terengganu

Sapa yang terbaik?

Pegawai teknikal sibuk membuat persiapan

Sedang Berbincang


Bersedia untuk memulakan pertandingan


Pertandingan hari ini bermula pada jam 9.30 pagi bagi acara Air Rifle Wanita kemudian Air Rifle Lelaki.