01 September, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT TERTUTUP TERENGGANU 2014 (ANGKAT BERAT)

Tarikh : 29- 30 Ogos 2014

Masa : 10:00 pagi - 6:30 petang

Tempat : Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu

Kehadiran : 50 orang peserta

OBJEKTIF     
Kejohanan ini dijalankan dengan tujuan untuk menggilap bakat-bakat yang baru dan sedia ada di semua pusat latihan di terengganu. Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu telah mengambil langkah baik dengan mengadakan kejohanan seumpama ini . Para peserta yang berjaya dengan angkatan baru dan menepati kelayakan kebangsaan akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi seperti kejohanan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

PENYERTAAN
Penglibatan peserta ke dalam kejohanan ini melibatkan beberapa pelajar dari seluruh pusat latihan di terengganu antaranya pusat latihan SMK Chong Hwa Wei Sein(PPS), pusat latihan SMK Tengku Ampuan Intan(PPS), pusat latihan SMK Kompleks Mengabang Telipot dan pusat latihan MSNT. Seramai 50 orang peserta telah menyertai kejohanan pada kali ini. Rata-rata umur peserta yang terlibat dapat dipecahkan kepada beberapa kategori umur seperti bawah 16 tahun dan 12 tahun. 

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang turut sama terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini mendapat sokongan dari ibubapa sekaligus menjadi penanda aras untuk melahirkan badang negara dalam sukan angkat berat pada masa hadapan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
SDO Angkat Berat Negeri Terengganu
Tarikh: 01 September 2014

No comments:

Post a Comment