02 December, 2014

TERENGGANU - LAPORAN HARIAN KEM BAKAT ANGKAT BERAT DAN PEMILIHAN KE YOG 2018.

HARI KEDUA

Kem bakat angkat berat diteruskan pada hari ini dengan latihan kecergasan dan kata-kata semangat kepada semua atlet yang diketuai oleh panel jurulatih, En. Mohd Nor bin Osman. Sesi pagi bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengahari di perkarangan Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Latihan spesifik angkat berat bermula pada pukul 2.00 petang sehingga pukul 4 petang di Pusat Latihan Angkat Berat, Majlis Sukan Negara. Pada sesi petang, atlet dipecahkan kepada dua kategori umur iaitu bawah 12 tahun dan bawah 14 tahun. Latihan diketuai oleh barisan Panel Jurulatih.

Sesi petang diteruskan dengan sesi asas pemakanan sukan yang disampaikan oleh En. Qusyairi dari Institut Sukan Negara yang bermula pada pukul 4 hingga 6 petang di Bilik Seminar Hotel Sri Petaling.

Sesi malam diakhiri bersama ikon negara, Mohd Zulhilmi MD Pisol, pemenang pingat gangsa, Sukan Komanwel Glasgow baru -baru ini. Beliau menceritakan pengalaman saat kejayaan beliau di temasya Komanwel Glasgow disamping memberi suntikan semangat kepada atlet bakat angkat berat.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi.
SDO Angkat berat Negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment