21 April, 2015

PROGRAM KLINIK SUKAN SKUASY NEGERI TERENGGANU

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: SKUASY

Tarikh: 20 April 2015
Masa: 8.00 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat: Gelanggang Skuasy, Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu, Terengganu.

Kehadiran:

1. Mohd Faisal bin Ali  - JPM
2. Mohd Syukri bin Mat Ali - JSM
3. 23 lelaki, 20 wanita - Peserta

4. Fasilitator - Mr. Munir Khan


ULASAN

1. Program ini bermula 8.00 pagi yang dijalankan di Gelanggang Skuasy, Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu Terengganu.

2. Perjalanan program ini telah diketuai oleh jurulatih dari Pakistan iaitu Mr. Munir Khan dan dibantu oleh JSM USPTN Negeri Terengganu.

3. Segala peralatan yang digunakan sepanjang program dikeluarkan oleh pihak MSNT dan Sekolah.

4. Seramai 43 orang pelajar telah hadir ke program tersebut daripada 4 buah sekolah yang berhampiran dengan PLN.

5. JPM dan JSM juga telah mengenalpasti bakat atlet baru sepanjang program berlangsung. Seramai 10 orang pelajar telah dikenalpasti bakatnya untuk diketengahkan dalam sukan Skuasy.

6. Program Klinik berjalan lancar dan tiada isu berbangkit.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

W.Muhammad Iskandar Dzul Qarnain b. Wan Lateff
SDO Skuasy Negeri Terengganu
Tarikh: 21 April 2015

No comments:

Post a Comment